Friday, April 29, 2016

Aidil Anggap Bayaran RM68,530 Sudah Rezeki Rita Rudaini

Rita Rudaini Dapat Tuntutan Mutaah RM68530

Begini la nasib seorang ibu tunggal yang diceraikan ( depends on case), sebenarnya banyak lagi kisah- kisah Ibu tunggal yang tidak didedahkan..tak semua mereka yang bergelar isteri or bekas isteri suka nak naik turun mahkamah dan memperjuangkan hak...letih tau tak...tapi aku punya kes dulu...aku diceraikan ( tanpa sebarang kesalahan)dan mendapat keputusan dalam masa satu hari je...selesai kes..ye aku gugurkan nafkah mutaah, aku gugurkan harta sepencarian..sebab bekas suami tak mampu...tapi takpe..dari kes berlanjutan..aku mengalah ..sampai sekarang aku tak tuntut..dan aku bukan sebusuk hati atau pendendam..ini bahagian aku...aku hanya dapat harta dunia akhirt satu- satunya iaitu Ainnul Dania Huda...cukup untuk aku...biarlah ada mulut2 puaka cakap aku bodoh...tapi fikir logik balik..buat apa turun naik mahkamah bertahun- tahun kalau aku sendiri tau dia tak mampu...kita sebagai isteri yang diceraikan ini kena jugak bertolak ansur...tapi ye la..semuanya demi anak..hak anak..keperluan anak..itu antara dia dan allah...kalau dia tau tanggungjawab dia...dia tau keadaan dia di sisi allah...janji dia tau dia ada tanggungjawab pada anak yang satu ini...tak semua kisah ibu tunggal sama kan...tapi aku respek habis dengan Rita Rudaini ni...dia mampu memperjuangkan hak dia..dan hak anak- anak dia...

Aku?hurm..benda dah lepas...tak perlu nak dikenang..cukup aku simpan dalam sejarah kehidupan...




Bekas suami pelakon Rita Rudaini iaitu Aidil Zafuan redha dengan keputusan yang telah di putuskan dan menganggap bayaran nafkah tertunggak sebanyak RM 68530 itu sudah rezeki buat Rita Rudaini.

Rita sebelum ini menuntut mutaah sebanyak RM 300000 namun dibantah oleh Aidil dan dikehendaki membayar hanya sebanyak RM30000.

Saya terima dengan hati terbuka dan saya berpuas hati dengan keputusan hakim. Saya bukan membantah untuk tuntutan dikemukakan, tetapi membantah jumlah yang dikemukakan sebelum ini.

Aidil bagaimanapun harus membayar jumlah nafkah tersebut dalam masa 45 hari. Pasangan ini berkahwin pada 25 Februari 2008 dan bercerai pada September 2013. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Airit Rayyan Rizqin,7 dan Airit Qaqa Arjuna 5


SUMBER

5 comments:

  1. moga nasib anak-anak mereka terbela

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah
    hak anak anak, kan..

    ReplyDelete
  3. Dah rezeki Rita dgn anak anak kan.. Doakan aje yg baik2...

    ReplyDelete
  4. ai suka tengok Rita.. Moga dia tabah dan kuat dalam membesarkan anak2 beliau.
    buat SA.. moga u terus kuat dan kuat, pedulikan apa orang lain nak cakap.. ;)

    ReplyDelete
  5. Suka ayat "itu antara dia dengan Allah"..
    Macam sis cakaplah, dah memang dia tak mampu, nak buat apa turun naik mahkamah..
    Macam kes rita ini, Aidil memang mampu jadi kenalah bayar.. Tanggunjawabkan..

    ReplyDelete

Heyy Gojes..Any Comment????
Comment Yang Elok- Elok Aje Ye......

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah