Saturday, March 7, 2015

Review Product Citra Mulia

Wanita dan produk kecantikkan memang tak boleh dipisahkan ..selain mekap, produk penjagaan diri juga sangat penting...begitu jugak aku...dulu aku memang mempunyai masalah kulit muka berminyak...sekarang tidak lagi...dah jumpa solution nya.....untuk korang yang masih tercari2 produk penjagaan muka...boleh lah mencuba Produk Citra Mulia...sekali korang dah cuba...confirm akan jatuh cinta...

Tadaaaa!!!! ini barang2 yang aku dapat untuk review kali ini....alhamdulillah terima kasih tak terhingga buat Citra Mulia di atas kepercayaan yang diberikan untuk aku mencuba dan review produk mereka...

Jom kita berkenalan dengan satu persatu product mereka....


THE FACE SUPREME WHITENING DAY & NIGHT GEL SERUM


The Face Gel Serums

The Face Gel Serums ada 2 jenis iaitu The Face Supreme Whitening Day Gel Serum dan The Face Supreme Whitening Night Gel Serum . Serum untuk menjadikan kulit cerah dan bersih . Ia sebagai anti penuaan, menghilangkan kerut di wajah, melembapkan , melicinkan dan memutihkan kulit. Dengan formula khusus yang cepat menghilangkan melasma, flek-flek hitam dan memutihkan kulit wajah. Kaya dengan kandungan B5 untuk mengaktifkan  sel -sel kulit yang baru juga berfungsi sebagai antioksidant untuk mencegah radika bebas yang merosakkan kulit.Mencegah sel pigmen sehingga kulit lebih cerah dengan tambahan pelembap aktif yg dapat menjana semula kulit agar terhindar dari keriput atau penuaan....



Fungsi Gel Serums :
  • Mengurangkan bekas-bekas jerawat
  • Memutihkan kulit wajah
  • Menghilangkan flek hitam
  • Mencerahkan warna kulit
  • Meratakan warna kulit
  • Mengecilkan liang wajah
  • Menghaluskan dan mengenyalkan kulit

Cara Penggunaan:
  • Bersihkan muka anda.
  • Sapukan sedikit serum dan leburkan dalam tapak anda
  • Menyampaikan lapisan nipis serum cair di bahagian muka anda dan tekan, urut sehingga diserap sepenuhnya.
  • Gunakan setiap hari waktu pagi dan malam, dan akan mendapat kesannya selapas penggunaan 7 hari.

DR HERBAL WHITENING  AB CREAM A & B


Perawatan kulit wajah yang 100% dibuat dari bahan herbal sesuai untuk semua kulit wajah, Diformulakan khusus untuk membaiki struktur kulit dan lapisan sel-sel kulit yang rosak. Mengandungi kolagen untuk membantu anda merawat dan melembapkan kulit wajah. Dr Herbal dapat meremajakan semula wajah serta mencerahkan.

Kebaikan Dr Herbal's
  • Mencerahkan dan memutihkan wajah.
  • Wajah kusam, gelap dan kekuningan kembali menjadi putih bersinar.
  • Menghilangkan flek-flek, jerawat dan noda hitam
  • Menghilangkan tompok yang disebabkan oleh sinaran uv
  • Menjaga keanjalan kulit wajah
  • Mengatasi liang besar dan bekas jerawat sehingga wajah kembali menjadi mulus dan halus
  • Menghilangkan kedutan pada wajah.
  • Menghaluskan dan memberi kelembapan semula jadi bagi wajah.
Cara penggunaan:
  • Bersihkan wajah terlebih dahulu
  • Sapukan THE FACE GEL SERUM.
  • Ambil Krim secukupnya
  • Sapukan krim A untuk pagi dan krim  B untuk malam. 



Dr Herbal dan The Face Serum


Milano Ashley Lotion  - Green Tea & Milano Ashley Lotion - Rose Tea 

Ekstrak Rose Tea mempunyai ciri-ciri emolien yang sangat baik untuk melembapkan kulit kering, ia juga menawarkan ciri-ciri antiseptik dan astringen untuk merawat kulit jerawat, serta ciri-ciri anti-radang yang membantu merawat kemerahan dan keradangan.Ekstrak Rose Tea juga boleh membantu memperbaiki tekstur kulit, mengawal penyakit kulit seperti psoriasis dan dermatitis atopik.Ekstrak Green Tea berasal dari daun Camellia sinus.Ekstrak Green Tea secara semula jadi yang kaya dengan antioksidan, yang mempunyai fungsi sel-melindungi juga. Ia adalah kesan yang kuat antioksidan yang melindungi kulit daripada kesan kerosakan akibat radikal bebas.Ekstrak Green Tea juga mengandungi methylxanthines yang merangsang peredaran mikro kulit dan oleh itu secara positif mempengaruhi nada dan kesihatan kulit.Ekstrak Green Tea sebenarnya boleh mengurangkan kedutan dan juga membuat anda kelihatan lebih muda.


Kebaikkan Green Tea  & Rose Tea untuk Kulit

  • Memastikan kulit anda kekal lembap sepanjang hari.
  • Menjadikan kulit anda berseri secara semulajadi.
  • Mengandungi banyak protein, mineral, dan vitamin yang menjadikan kulit anda berseri.


Wajah aku selepas seminggu penggunaan The Face Serum...abaikan jerawat atas dahi tu...memang degil jerawat tu..hehehe...x pakai mekap pun ok dah sekarang..x perlu nak malu2 lagi...
ahaks...


Informasi seterusnya korang boleh layari laman sesawang 



Selamat Mencuba!!!


Friday, March 6, 2015

Kelas Bahso Nismilan- Exam Percubaan...

Dah lamo SA x dtg mengajar...sibuk bona ghaso eh...throwback pembelajaran kito yang lopeh...SA bg soklan percubaan exam yo...

Soalan Percubaan

Subjek: Bahaso Nogoghi Tinggi
Koteh 2
Kod EP20130909IT

1- Apakah makna "montodaghah"?

( )Menderma darah
( ) Berlari dengan laju
( ) Makan dengan pelahab
( ) Mentera si dara

2- "Den dah kobaan tompi memasing bega". Dalam konteks apakah ayat ini boleh digunakan?

( ) Ayah yang menyuruh anak-anaknya mengulangkaji pelajar
( ) Seorang majikan memarahi pekerjanya
( ) Guru menasihati anak muridnya
( ) Jurulatih bolasepak memberi kata semangat kepada pemainnya

3- Apakah maksud paling tepat untuk "tolanjang"?

( ) Budak yang telanjang
( ) Seseorang yang di terajang
( ) Lelaki mata keranjang
( ) Meyuruh budak lelaki menelan sesuatu

4- "kecemeneh" bermaksud

( ) Penyakit kencing manis
( ) Buah nenas yang kecil
( ) Hal yang remeh temeh
( ) Kecederaan yang serius


6- "ekau kek sinun tu duk ontok-ontok". Ontok- ontok dalam ayat tersebut membawa maksud

( ) Baik-baik
( ) lawa-lawa
( ) hebat-hebat
( ) malu-malu

7- "kang kek ghumah uwan kek senanti tu kang ekau duk ontok-ontok yo". Apa makna ontok-ontok di dalam konteks ayat ini?

( ) hati-hati
( ) beradap
( ) berdoa
( ) diam

8- Apakah maksud bagi perkataan "koghopai"

( ) Bag
( ) Bakul
( ) Mangkuk
( ) Talam

9- Apakah maksud ayat ini; " "pok kek kau la jang"
( ) Saya sudah putus asa
( ) Bagikan kek itu kepada Ujang
( ) Terpulang pada anda
( ) Mereka bertepok menyokong ujang

10- "goliden" bermaksud

( ) Sejenis jenama cat
( ) saya berasa kelakar
( ) Ini guli saya
( ) sejenis pisau pemotong

11- Di bawah adalah nama tempat di Negeri Sembilan kecuali

( ) kolopirlah
( ) gomeh
( ) ghombau
( ) simpang ompek

12- "senia" bermaksud

( ) di sini
( ) senja
( ) senang hati
( ) hampir

13- Apakah maksud "celait"?

( ) Ubat pening
( ) Plug electrik
( ) lampu suluh
( ) celak

14- "dogheh la ekau ni". Apakah maksud dogheh dalam ayat tersebut

( ) cepat lah sedikit
( ) awak sangat cantik
( ) awak seorang yang.
( ) awak berjalan deras sangat

15- "Banyak kojo ni ha! Nak kupeh noneh mo ni ha. Kontang tu ha tak bokupeh laie". Apakah maksud yang paling tepat yang menerangkan situasi di dalam ayat ini?

( ) mencari rumah orang bernama bokupeh dan noneh
( ) Perbualan di pasar malam
( ) Perbincangan di dalam ladang kentang
( ) Perbualan di dapur sebuah majlis kenduri

16- Apakah maksud "tak koso den doh"

( ) Saya tidak berkuasa dalam hal itu
( ) Saya tidak mahu buat pekerjaan itu
( ) Saya mahu gosok perabut itu
( ) Dia bukan seorang yang hodoh

17- maksud "nonggok" ada lah

( ) ulat gonggok
( ) tunggul kayu
( ) buah memorial
( ) kayu cengal
( ) tiada satu pun di atas

18- makna "bolun" adalah

( ) belon
( ) balun
( ) bilik
( ) belum

19- "jom poie bogholek". Apa kah maksud bogholek dalam ayat ini?

( ) kenduri kahwin
( ) bergolek
( ) majlis makan malam (dinner)
( ) bermain

20 - "jobo lah ekau ni". Apakah maksud perasaan jobo

( ) tinggi
( ) kacak
( ) hebat
( ) perasan

21. "tak senegheh" bermaksud

( ) tidak senonoh
( ) tidak betul
( ) tidak cantik
( ) tidak mahal

22. Apakah maksud perkataan "ghoman"

( ) romen
( ) romantik
( ) rupa
( ) taman

23. "Den nak poie memburan jap". Maksud ayat

( ) dia mahu ke kelas
( ) dia mahu ke kedai
( ) dia mahu solat sekejap
( ) dia mahu ke tandas

24. Apakah maksud perkataan "ghemah"

( ) nasi yang bertaburan di luar pinggan
( ) khemah yang dipasang di majlis perkahwinan
( ) air yang tumpah di sekeliling teko
( ) bekas lebihan minyak masak

25. "Mongolintin"
Cuba isi di tempat yg betul

( ) Saya........kesejukkan bila terjatuh dlm kubang kerbau.
( ) Saya.........kebingungan bila ditipu dek oghang kampung.
( ) Saya........kepanasan bila dijemur tengah panas selama 2 jam.
( ) Saya........kesedihan bila kucing jantan saya mati.

 26. "Moncolinap poi e"
Apakah pengertian moncolinap di sini

( ) Teramat lambat
( ) Teramat lembab
( ) Teramat laju
( ) Teramat kaku


Jangan banyak bunyik yo...x masuk kelas takdo makno SA lupo student SA...

Ni jawab soklan tu...ado 26 soklan yo....

Sorang yang boto semuo eh....dapek Notebook....bukan laptop doh....

Buku Nota....

Jawab kek ruangan komen...bemakno ado 26 jwpn... ado ompek jwpn popandai la ekau lotak ABCD...

Contoh : No 1 : A

Tarikh tutup : Rabu 11 Mac...

8 fakta mengejutkan tentang mimpi


Gambar sekadar hiasan

Otak manusia bertanggungjawab dalam banyak proses kompleks yang berlaku dalam kehidupan kita, tetapi dari segi saintifik, ia tidak boleh mewujudkan imej orang yang kita tak pernah kenali. Jika anda bertemu orang asing dalam mimpi, ia bermakna anda pernah bertemunya di luar tetapi anda tidak mengingatinya.

Itu salah satu fakta pelik tentang mimpi. Jom tengok beberapa lagi fakta yang akan buat anda rasa kagum bagaimana minda dan badan anda bekerja ketika tidur!

1. Manusia biasa akan mengalami antara 1,460 dan 2,190 setahun.

2. Apabila bermimpi, badan anda akan menjadi "lumpuh" dan otot anda tidak bergerak. Mereka yang bergerak semasa bermimpi adalah orang-orang 'istimewa'yang memiliki REM (rapid eye movement) yang abnormal.

3. Mimpi berulang diterjemahkan pakar psikologi sebagai simbol atau petanda yang sedang dihantar oleh minda anda.

4. Mimpi wanita kebiasaannya lebih lama daripada lelaki.

5. Manusia selalunya akan mimpikan sesuatu yang buruk kerana kekerapan kita memikirkan perkara atau kemungkinan negatif.

6. Bayi hanya akan bermimpi tentang orang-orang dikenali. Hanya selepas berusia 3 atau 4 tahun, barulah si bayi 'memegang watak' dalam mimpinya.

7. Wanita lebih kerap mengalami mimpi ngeri berbanding lelaki.

8. Pernah bermimpi dan rasa tak pasti sama ada ia mimpi atau realiti? Jangan cubit diri sendiri, sebaliknya carilah bahan bacaan atau jam. Ini kerana dalam mimpi, anda tak boleh membaca dan tak pandai tengok jam.

SUMBER

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah