Wednesday, May 14, 2025

Koleksi Masakan SA Dari Dapur Suriaamanda..

Assalamualaikum...

Hi korang ..

Masih blom ada network dan xde apa bokeh buat lagi..kejap2 nak check email SA on mobile hotspot, x leh nak on lama nanti habis lah data personal internet...ni nasib baik SA ada internet data kat hp Redmi..bazir habis macam tu je x guna habis..so better SA settlekan entry dalam draft yg dh lama ada tapi SA x share lagi...harap x basi la citer ni semua nanti kan..hahaha

Okey...ni masakan SA yang SA terlupa nak share...x ingat plak bila masaknya tapi kita buat je la koleksi Dari Dapur Suriaamanda ye....ok kan...at least membantu korang yang buntu x tau nak masak menu apa untuk keluarga...

Jom tengok...


Ikan kembung masak lemak cili api campur terung telunjuk


Sayur sawi putih goreng


Ikan bilis berlada campur petai
 

Hati ayam goreng garing fav en suami


Asam pedas ikan patin


Sayur sawi bunga + Bok Choy sos tiram


Rasa nyer sebulan ni kerap jugak SA masak Asam pedas ikan patin..sesekali ikut permintaan PZ..bila masak asam pedas dia selera makan..tapi makan ikan je la ..macam yg SA cakap..PZ langsung x leh makan cili...bila makan cili dia akan sakit perut..akan ada asid refluks dalam perut...PZ jugak x leh dalah keadaan tertekan..so kena jaga emosi dia...biasalah faktor umur ni kan...

Haaa...dh siap satu entry...bertambah koleksi entry makanan di bawah label Dari Dapur Suriaamanda.

Lemau kat office ni x leh buat kerja...korang bertabah ye kalau SA banyak buat entry seminggu ni..slowly SA akan blogwalking jugak...oh ye..sesapa yg blom add SA kat social media SA...meh ler meramai-ramaikan follower... FB, Instagram, Tik Tok, Thread dan Lemon8..the more the merrier kan....



Today's Look~ Bawal Printed Imallis Baru...

Assalamualaikum...

Hari ke 2 masih dengan problem Network..alangkah bestnya kalau dapat WFH kan..jenuh la xde network ni...x tau la problem ni sampai bila ha...banyak.kerja tertangguh...

Hari ni seawal 4.15am SA bangun buat nasi goreng...En Suami nak nasi goreng plak untuk bekal hari ni...SA dah siapkan bahan malam tadi...nasi goreng biasa biasa je..tapi hiriskan hotdog...

Tudung x memberi kerjasama sebenarnya, dh macam hape dah pagi ni...15 min SA dalam surau betulkan tudung..ini la hasilnya..lantak la disitu..hari ni SA pakai Bawal Printed Imallis, tudung baru tapi dh lama beli...baru perasan ada tudung ni..hahaha...adeh...tudung ni terselit dalam lipatan tudung kat rak khas untuk tudung..mula SA pelik..bila plak beli...pas tu n kena jeling ngan suami..sebelum dia buka mulut keluarkan ayat2 yg x sepatutnya kita dengar...letsss kita pakai je...muahahahaha....


Tadaaaaa.....santek tak tudung kiter?tapi x on point..terkelepet sana sini..lantak la disitu..dh keronyok2 dh tudung SA..


 X tau la corak bunga apa ni..naknkata Lily bukan..nak kata tulip pun bukan..


Sekarang ni kan...insaf skit la nak beli tudung memandangkan tudung banyak giler kat rak..ada yang x sempat pakai lagi...sebelum kena perli baik kita pakai..bila dh pakai nanti xde rasa bersalah sangat beli tudung...hahahah..pas tu ada la alasan. Ak beli tudung lain kan? Bijak x kakak?😂😂😂

SA ada banyak tudung yg blom pakai sebab xde baju warna sesuai untuk di gayakan dengan tudung tersebut. Tudung pemberian kawan-kawan blogger pun ada yang SA blom pakai...ada gak cuba2 gandingkan tapi x sesuai...nak kena beli baju lain ke apa ni...hahaha....adeh...sehelai tudung sehelai baju...gittew...baru la ok kan?

Sape setuju?


Tuesday, May 13, 2025

Bekal SA Hari Ini

Assalamualaikum...

Alhamdulillah  kenyang..disaat entry ni SA published masih blom settle masalah Network..kami x boleh buat pape pun..guna hotspot hp pun x membantu...tiba time rehat kita makan la..sambil tengok Kdrama citer Karma..habis dah semua episode dan SA recommended kat korang kalau tengah cari citer apa nak tengok kat Netflix...

Hari ni SA bawak bekal nasi, ikan pelaling goreng berlada tapi x pedas dan buah-buah...

Jom tengok gambar...


Nasi sesenduk je..

Ikan pelaling goreng berlada..x pedas sebab guna cili akar je...


 Buah mangga dan buat pear...


Syukur alhamdulillah rezeki dan nikmat hari ini...ingatkan Network xde ni boleh la balik..xde plak announcement suruh balik ke apa..hahaha..

Mata ni bila dah makan..mula la memberat kan..jom la jenjalan cari pasal dulu...masalah kang kalau dh mengantuk tiba-tiba...Kak Nani ajak pi beli kopi...malassssss....nak kurangkan kopi..24hb nak jumpa doktor ..terlupa last week termakan kerang plak..hahaha...lepas ni kena focus..no seafood and daging...ikan dan ayam aje..lebihkan sayur dan buah...

Kita tengok nanti result follow up...


JJCM ~ Buyau Hills View Weekend Cafe

Assalamualaikum...

Hi korang,

Memandangkan network offive down hari ni x tau sampai pukul berapa...SA nak update blog la..guna hp as usual

Masih kisah minggu lepas...lepas SA dan suami drop kan PZ kat rumah tukang urut dan dh settled sarapan kami pergi semula jemput PZ...SA tanya kat PZ lapar x? Nak makan tak? PZ cakap nak..dia lapar sangat...so SA decided bawak PZ sarapan kat Buyau Hills View Weekend Cafe. 

First time SA pi sini...rasanya blogger Fiza pernah share..nama je SA ninorang Seri Menanti, banyak lagi tempat yang SA blom explore..masa SA sampai ni x ramai..ada la 2-3 family..cuma SA x tahan kat sini sebab panas..matahari tengah naik masa ni..tapi....pemandangan tu yang mahal..cuma masa SA pi kebun sayur diorang blom tambak lagi..bulan puasa hari tu dh stop sementara dan dalam perancangan nak buat penanaman baru..

Buyau Hills View Weekend Cafe dibuka weekends je ye..



Matahari tegak atas kepala


Cantik kan pemandangan


Best kalau ada rumah kampung macam tu..




X tau la cafe ni apa konsep dia...tapi ramai gak yang singgah


Nak duduk kat situ tgh panas terik 


Panas ye bang?


Dia ni menyelir sebelah PZ sbb redup skit..


Tiap kali bawak dia pi makan..tiap kali tu dia akan call org bg tau dia kat mana..ni masa ji dia call Mak Lang bg tau x singgah rumah..


Berselera PZ makan, sambal tu dia x usik sangat pun..takut perut sakit


Abaikan lah muka saya yg naked tanpa sebarang mekap tu..nak cepat ..


 

Lepas je settle PZ sarapan...kami pun teruskan perjalanan balik ke Seremban, tu yg terus singgah ST Rosyam Mart tu..


MyKasih~ Sumbangan Asas Rahmah

Assalamualaikum...

Sabtu lepas, singgah sekejap di ST Rosyam Mart sebab PZ nak redeem MyKasih yang dia dapat..ada RM100 dalam system MyKasih tu..PZ x pandai nak buat sendiri so SA tolong temankan..seronok la PZ masuk ST Rosyam..PZ jarang sekali pi sini sebab dia kata pasaraya orang kaya..aduhai sabar je la...

MyKasih, Sumbangan Asas Rahmah merujuk kepada satu inisiatif kerajaan Malaysia dibawah program bantuan sosial untuk membantu golongan B40( berpendapatan rendah) mendapatkan barangan keperluan asas.



Nasib baik dapat parking depan pintu ST Rosyam Mart


Jom tengok barangan yang PZ redeem baru-baru ni..


Beras Moghul Faiza Basmati 2 bag


Sos Tiram 1 botol


Roti gardenia

Total RM100.70 ( so SA tambahkan 70sen)



Berikut adalah maklumat asas tentang program ini:

1. Apa itu MyKasih?

MyKasih Foundation ialah sebuah yayasan yang menguruskan bantuan secara digital kepada penerima melalui kad MyKad. Penerima boleh membeli barangan runcit asas di kedai yang terlibat tanpa menggunakan wang tunai — hanya imbas MyKad.

2. Apa itu Sumbangan Asas Rahmah (SAR)?

SAR ialah bantuan di bawah inisiatif Payung Rahmah yang menyediakan bantuan tunai bersasar RM100 sebulan selama 6 bulan (jumlah RM600) kepada penerima yang layak, disalurkan melalui platform MyKasih.

3. Siapa yang layak?

Isi rumah dalam kategori miskin tegar atau B40

Sudah berdaftar dalam sistem eKasih atau pangkalan data kerajaan (contohnya, penerima STR – Sumbangan Tunai Rahmah)


4. Bagaimana cara guna?

Penerima akan menerima SMS daripada MyKasih

Boleh guna MyKad untuk beli barangan keperluan seperti makanan asas di pasar raya atau kedai runcit yang mengambil bahagian

Tidak boleh keluarkan tunai — hanya pembelian barangan terpilih


5. Barangan yang boleh dibeli:

Beras

Tepung

Minyak masak

Gula

Susu

Sayur, buah, ikan, ayam, dan barangan asas lain.


Berikut ialah senarai kedai dan pasar raya yang terlibat dalam program MyKasih Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 di seluruh Malaysia: 

Senarai Kedai & Pasar Raya Terlibat

Lebih daripada 1,200 kedai dan pasar raya di seluruh negara telah berdaftar sebagai rakan niaga MyKasih, termasuk: 

Mydin

Giant

Econsave

Lotus’s (dahulunya Tesco)

The Store

Pacific

Milimewa

99 Speedmart (cawangan terpilih)

Lulu Hypermarket

Pasar raya dan pasar mini bebas yang berdaftar dengan MyKasih 


Kedai-kedai ini biasanya memaparkan logo MyKasih di premis mereka sebagai tanda pengesahan.  


Cara Semak Kedai Terdekat

Untuk menyemak kedai MyKasih yang berdekatan dengan lokasi anda:

1. Layari laman web rasmi MyKasih: https://www.mykasih.com.my


2. Pilih menu “Senarai Kedai” atau terus ke pautan berikut: https://app.mykasih.net/sara2/merchant-list


3. Masukkan nama negeri atau bandar anda (contoh: “Kuala Lumpur”)


4. Klik “Cari” untuk melihat senarai kedai yang berdekatan 


Senarai ini akan memaparkan nama kedai, alamat, dan jenis perniagaan (pasar raya atau kedai runcit).  


Barangan yang Boleh Dibeli

Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan asas yang termasuk dalam 13 kategori yang diluluskan, seperti: 

  • Beras
  • Roti
  • Telur
  • Minyak masak
  • Tepung
  • Biskut
  • Mi segera
  • Minuman
  • Makanan dalam tin
  • Bahan perasa
  • Produk kebersihan diri
  • Ubat-ubatan
  • Barangan persekolahan 


Pastikan barangan yang dipilih mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.  


Pada pandangan SA, Secara keseluruhan, program ini berjaya meringankan beban harian golongan miskin tegar dan B40, terutama dalam soal makanan asas, dengan sistem yang tersusun, telus dan bersasar. Namun, ia perlu dilengkapkan dengan program jangka panjang seperti latihan kemahiran, peluang pekerjaan dan peningkatan pendapatan untuk benar-benar keluar dari kemiskinan. Sebab rata-rata dari pemerhatian SA secara peribadi, masih ramai lagi rakyat Malaysia yang menganggur. SA x pasti samada tiada peluang pekerjaan atau sikap memilih pekerjaan yang menjadi punca. 

Mulanya SA x tau pun PZ salah seorang penerima Sumbangan Asas Rahmah ni..tapi adik SA check kat apps kalau x salah, PZ adalah salah seorang penerima setiap bulan RM50..dalam system dah ada RM100, SA x tau plak dari bulan bila PZ disahkan sebagai penerima..dengarnya bantuan ini diberikan sehingga bulan December 2025...bagus la..sta least something for him kan..

SA memang x dapat la..hahaha..x dapat so duduk diam diam ye SA..tumpang PZ je la..


Monday, May 12, 2025

JJCM Cendol Retro Batu Kikir Matahari Heights, Senawang

Assalamualaikum... 

Petang semalam SA pada mulanya pergi kubur siram rumput carpet dan pokok atas kubur arwah MP, lepas tu SA ajak Nia ke Senawang nak pi Rosyam Mart..SA nak beli sabun basuh baju dan buah skit..teringat nak JJCM Cendol Retro kat Matahari Heights tu...so SA ajak Nia ke situ dulu...teringin nak makan cendol.. Suami xde sebab kerja..weekend memang dia kerja je..buat tambah-tambah rezeki..

SA ingat dh tutup dh sebab dah pukul 6 petang kan..tengok-tengok masih ramai...seronok la SA ngan Nia nak makan cendol kan..


Kedai yang tepi sekali..


Cendol Retro Batu Kikir


Masuk je dah nampak ayat..order kek kaunter


Cantik lukisan kat dinding tu


Ada macam-macam jenis cendol, ABC dan makanan ringan serta yang berat


Ni kaunter utama..order dan terus bayar..lepas tu kena tunggu alat kelui berbunyi dan ambil order di kaunter jugak..


Mak datin simpan bag duit..


Muka happy x sabar nak makan cendol


Kawan baik SA bila suami pi kerja


Tadaaaaa...kami pilih cendol special dua RM18


Candid by Dania..SA x amik gambar pun..Nia kata biar dia yg amik gambar


 Abaikan muka tembam dan penat SA tu..


Lepas dah makan cendol baru kami dua beranak jenjalan ST Rosyam lagi...settle  beli barang-barang kami terus balik rumah..dh Maghrib dah pun..lepas maghrib panaskan lauk pauk dan siapkan meja untuk dinner plak .awal kami dinner semalam..lepas dinner SA dan Nia lipat kain sambil tengok Netflix..dah habis satu cerita tengok jam baru pukul 10pm..aik..lambat plak masa berlalu kan malam tadi...hahaha...ke kami yg awal sediakan dinner...ntah laaa...


Sarapan Pagi Wesak Day...

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah baru sudah sarapan...hari ni Public Holiday Wesak Day...x tau nak kemana dan rasanya memang x kemana la...PZ masih blom sihat sepenuhnya...semalam kakak PZ datang ziarah dia kejap sambil menjemput kenduri cucunya 25hb nanti...nampak la ceria muka PZ ada adik beradik datang tengok...

Hari ni SA goreng karipap dan buat maggi goreng je..untuk PZ ada bubur nasi dan SA buatkan air horlicks tadi...sekarang mmg SA x bagi PZ makan pedas-pedas..more to rebus2 je..ni kang SA nak ma SA masakkan dia siakap steam halia...



Seronoknya korang cuti 3 hari dapat pi jenjalan..SA je la x kemana-mana..Petang Sabtu hari tu je la Suami ngan Dania belanja makan kat Secret Recipe...lepas tu memang x kemana-mana la..as usual plan nak staycation x kesampaian  lagi..PZ x sihat...x kan la SA nak tinggalkan dia sorang plak kan...

Apapun selamat bercuti korang...sentiasa jaga keselamatan di jalan raya..ingat mereka yang tersayang...


Sunday, May 11, 2025

Dari Dapur Suriaamanda~ Hidangan Hari Minggu

Assalamualaikum...

Macam yang SA bagi tadi kat previous entry..SA masak MLCA Ayam tua atau ayam pencen kata orang NS...nak masak ayam tua ni kalau nak cepat boleh la masukkan dalam Noxxa atau pressure cooker tapi SA lebih suka masak from zero..haha..rebus dengan air kelapa 2 jam lebih kurang...Insha'Allah  empuk dah ayam tua korang..

Yang SA masak ni memang version x pedas..bila sorang x sihat dan x bleh dh makan pedas memang xde la SA masak pedas-pedas..tapi lidah ni dh biasa kan at least kena pedas skit..kadang SA masukkan aje cili akar bulat2 dalam MLCA..bila nak makan pecahkan aje alam pinggan...hambekkk...pedas giler la...

Jom tengok lauk SA masak...

Ayam tua MLCA campur kentang dan serai..


Kerang rebus



Cicah kicap cili..


 Ayam goreng urk anak2..


Sayur sawi + bok choy goreng sos tiram..


Settled masak..tunggu nak makan jap lagi..PZ tido tu..semalaman dia x lena tido sebab perut masih sakit..SA nak paksa dia pi hospital la..tapi tu la..bila cakap nak pi spital dia tiba2 buat elok....geram aje SA...ntah apa takut sangat pi spital x tau la...

Weekend cuti panjang korang ke mana?

SA petang skit nak pi beli barang dapur ngan Nia...lepas tu SA ingat nak cari content JJCM..maybe nak pi cari cendol la...ok gak kan?kqt ampangan tu ada gerai jual laksa..pun boleh gak buat content blog rasanya...


Hari Minggu Ke Pasar Besar Seremban..

Assalamualaikum...

Bangun subuh tadi hujan dah turun renyai-renyai...alamak...acaner plak nak pi kubur ni..SA nak siram rumput karpet ngan nak trim pokok jasmine tu..org tu alih hari tu dah layu dan dh mati plak...sudahnya SA pi pasar besar Seremban dulu...cadangnya nak cari kentang dan serai je..ntah macam mana terjebak beli benda lain plak dan jadi banyak...hahaha...balik dari pasar besar Seremban, SA singgah kubur mak...siap bawak bunga...hujan pun hujan la..SA perfi je..lepas sedekah Al-Fatihah,.SA siram rumput carpet, lepas tu trim pokok..yg mati SA potong...rasanya macam x boleh diselamatkan pokok tu...kena ganti baru jugak nanti..

Jom tengok gambar...


Lalu lorong ni cari kentang....

Beli je la..walau sedikit mahal..kat Zemart satu guni kecik tu RM3 je..pepagi Zemart x buka lagi..

Ikan bilis mata biru..cantik tapi mahal..

Nampak org jual daging..rasa nak beli..tp SA tahan diri..

Ramainyaaa....


Udang sederhana, SA x beli..amik gambar je..


Sotongnya hargaaaa....seram betul...

Ikan tenggiri..


Sekarang ni tgh musim ketam..geram betul..RM40-RM45 sekilo..semua tengah banyak isi dan size XL

Kepah...RM18 sekilo..x beli..tapi SA beli kerang

Lala kecik kecik sangat 

Keram RM18,sekilo..SA beli RM20


Udang galah RM40 sekilo


 Then SA beli santan sekilo dan mintak air kelapa RM2

Nak buat apa air kelapa?

SA nak masak ayam pencen atau ayam tua..dulu arwah  mak ajar SA rebus ayam tua tu dengan air kelapa...dah hampir kering masa rehus tu baru masukkan santan dan kentang...once dah rebus dengan air kelapa tu tekstur ayam tu lembut dan boleh la makan bila dah jadi MLCA..SA rebus 2 jam..alhamdulillah elok lembut ayam tua tu..

Nanti SA update menu SA masak ye..SA masak awal sebab adik bongsu balik...adik2 lain x tau la balik ke x..lepas tu kang SA nak rehat..nak tido siang....hahaha..petang kang nak pi kubur lagi...Nak siram rumput karpet tu..kang SA share menu SA masak ye...


Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah